Tuesday, 13 October 2015
Sunday, 11 October 2015
Empat mayat termasuk 2 rangka ditemui di Sungai Perias setakat ini SABTU, 10 OKTOBER 2015
GUA MUSANG: Rangka manusia dipercayai milik kanak-kanak Orang Asli yang hilang sejak 23 Ogos lalu ditemui dalam keadaan tengkorak tergantung di ranting pokok di tebing sungai manakala sebahagian cebisan badan lain bertaburan. Rangka berkenaan ditemui kira-kira jam 11 pagi ini oleh kakitangan Pusat Ko-Kurikulum Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor bersama pasukan penyelamat yang membuat tinjauan menggunakan bot di Sungai Perias. Sebahagian baju mangsa dipercayai berwarna kelabu turut tergantung di ranting bersama tulang tangan. Rangka berkenaan sudah dibawa turun ke markas operasi sebelum dibawa ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat dan ujian DNA.
Sumber polis berkata, penemuan rangka berkenaan kira-kira 10 meter daripada mayat Ika Ayel, 9, bersama Noreen Yacoob, 10, dan Mirsudiar Aluj, 11, yang masih hidup semalam
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/87928?m=1

Friday, 9 October 2015
DUA MURID SK TOHOI SELAMAT
Gua Musang: Dua murid perempuan SK Tohoi, di sini yang hilang 23 Ogos lalu ditemui dalam keadaan lemah di kawasan pencarian di tebing Sungai Mas dekat Pos Tohoi, hari ini.
Mereka dipercayai Mirsudiar Aluj, 11, dan Norieen Yaakob, 10.
Turut ditemui kira-kira 11.30 pagi tadi, mayat seorang kanak-kanak yang belum dikenal pasti identiti.
Difahamkan ketika ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR), kedua-dua mereka hanya terbaring lemah dengan keadaan muka yang cengkung.
Mereka dibawa ke pusat kawalan operasi di Pos Tohoi untuk rawatan awal, sebelum dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) kira-kira 2 petang tadi.
Berikutan itu, operasi SAR masih diteruskan untuk mengesan dua lagi mangsa yang masih hilang.
Pada 3.50 petang semalam, tengkorak dan beberapa tulang rusuk ditemui di tebing Sungai Perias, kira-kira 800 meter dari lokasi penemuan mayat kanak-kanak perempuan yang disahkan sebagai Sasa Sobrie, 8.
Mayat Sasa ditemui pada 7 petang kelmarin oleh penduduk kampung yang memaklumkan kepada petugas keselamatan.
SumberFriday, 2 October 2015
DUA ANGGOTA POLIS PARAH DITEMBAK KETIKA SERBU 'PORT' DADAH

Dua anggota polis yang sedang membuat operasi menyerbu lokasi aktiviti berkaitan dadah ditembak dengan senjata buatan sendiri oleh penjenayah narkotik di Jalan Sepanggar di Sabah.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato' Jalaluddin Abdul Rahman berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 2 petang itu telah mengakibatkan Sarjan Mejar Sabturani Maul cedera di kepala manakala Konst. Tong Wilson pula telah cedera di belakang kepala, badan serta hidung.
Kedua-dua anggota polis itu kemudiannya telah dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth 2 (QEH2) untuk mendapatkan rawatan.
Pihak polis kini sedang menjalankan operasi khas bagi memburu suspek yang melepaskan tembakan terhadap anggota polis berkenaan.
Sumber: Berita Harian /RMP
MOHD ZANI DILANTIK KETUA POLIS DAERAH PJ
Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Petaling Jaya berkuat kuasa semalam, menggantikan Senior Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim.
Mohd Zani. 46, berpengalaman 24 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggantikan Azmi yang memegang jawatan Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (TPK) Kuala Lumpur.
Sumber: Metro/ Rmp
Tuesday, 29 September 2015
KES KEVIN MORAIS : LAPAN DIDAKWA BUNUH DAN SUBAHAT

Tujuh individu termasuk seorang doktor tentera dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam, terhadap pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais, 4 September lalu.
Tiada pengakuan direkodkan daripada G. Gunasekaran, 43; R. Dinishwaran, 23; A. Thinesh Kumar, 22; M, Vlshwanath, 25; S. Nimalan, 22; dan Ravichandaran, 44; serta pakar patologi, Kolonel Dr R Kunasegaran, 52.
Kunaseegaran didakwa bersubahat melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama-sama Seksyen 302 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Pihak pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaan Raya, Datuk Abdul Razak Musa memohon mahkamah menetapkan dua buIan lagi untuk sebutan kes bagi mendapatkan laporan kimia dan bedah siasat. Majistret Siti Radziah Kamarudin menetapkan 30 November depan untuk sebutan semula kes.
- Sinar Harian

MASYARAKAT SERTA AGENSI PELAKSANA PERLU TINGKATKAN KERJASAMA DENGAN POLIS

Kuching, 29 Sept (Bernama) -- Masyarakat serta agensi pelaksana perlu bekerjasama dengan polis dalam menangani isu serta masalah sosial yang wujud, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dr Chai Khin Chung.
Beliau berkata kerjasama antara masyarakat, agensi pelaksana serta polis mampu mewujudkan satu tindakan konstruktif dalam menangani permasalahan serta isu yang timbul.

"Harapan masyarakat terhadap polis sangat tinggi...tidak kira apa
masalah akan dirujuk kepada polis sedangkan banyak agensi lain yang
memainkan peranan sebagai agensi peneraju dalam penguatkuasaan sesuatu
undang-undang tertentu.
"Jadi kerjasama konstruktif antara masyarakat, agensi pelaksana serta polis perlu wujud untuk menangani isu yang timbul ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap selepas mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching (Pentadbiran) Supt Entusa Imam dan Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah (Operasi) DSP Lim Bak Phai.
Mengulas lanjut, Chai berkata sebagai contoh permasalahan melibatkan lessen perniagaan perlu dirujuk kepada pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu sebelum polis dipersalahkan kerana tidak mengambil tindakan.
"Mungkin pegawai kita perlu perjelaskan kepada masyarakat supaya tidak terus salahkan polis kerana ada agensi lain yang patut ambil tindakan terlebih dahulu.
"Kadang-kadang bukan tak nak ambil tindakan...kita tidak mahu 'menyeberang sempadan', kalau polis ambil tindakan tidak manis untuk kita masuk bidang kuasa agensi lain," katanya.
Pada majlis sama, Chai turut menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas antara Entusa dan Ketua Bahagian Pengurusan IPD Kuching DSP Lim Nee Kon yang akan memangku jawatan tersebut.
Entusa bersara mulai hari ini selepas berkhidmat hampir 36 tahun bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM). -BERNAMA

Subscribe to:
Posts (Atom)