SEMAK SAMAN ONLINE

Sunday, 11 October 2015

Empat mayat termasuk 2 rangka ditemui di Sungai Perias setakat ini SABTU, 10 OKTOBER 2015

GUA MUSANG: Rangka manusia dipercayai milik kanak-kanak Orang Asli yang hilang sejak 23 Ogos lalu ditemui dalam keadaan tengkorak tergantung di ranting pokok di tebing sungai manakala sebahagian cebisan badan lain bertaburan. Rangka berkenaan ditemui kira-kira jam 11 pagi ini oleh kakitangan Pusat Ko-Kurikulum Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor bersama pasukan penyelamat yang membuat tinjauan menggunakan bot di Sungai Perias. Sebahagian baju mangsa dipercayai berwarna kelabu turut tergantung di ranting bersama tulang tangan. Rangka berkenaan sudah dibawa turun ke markas operasi sebelum dibawa ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat dan ujian DNA.
Sumber polis berkata, penemuan rangka berkenaan kira-kira 10 meter daripada mayat Ika Ayel, 9, bersama Noreen Yacoob, 10, dan Mirsudiar Aluj, 11, yang masih hidup semalam

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/87928?m=1

Friday, 9 October 2015

DUA MURID SK TOHOI SELAMAT



Gua Musang: Dua murid perempuan SK Tohoi, di sini yang hilang 23 Ogos lalu ditemui dalam keadaan lemah di kawasan pencarian di tebing Sungai Mas dekat Pos Tohoi, hari ini.
Mereka dipercayai Mirsudiar Aluj, 11, dan Norieen Yaakob, 10.
Turut ditemui kira-kira 11.30 pagi tadi, mayat seorang kanak-kanak yang belum dikenal pasti identiti.
Difahamkan ketika ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR), kedua-dua mereka hanya terbaring lemah dengan keadaan muka yang cengkung.
Mereka dibawa ke pusat kawalan operasi di Pos Tohoi untuk rawatan awal, sebelum dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) kira-kira 2 petang tadi.
Berikutan itu, operasi SAR masih diteruskan untuk mengesan dua lagi mangsa yang masih hilang.
Pada 3.50 petang semalam, tengkorak dan beberapa tulang rusuk ditemui di tebing Sungai Perias, kira-kira 800 meter dari lokasi penemuan mayat kanak-kanak perempuan yang disahkan sebagai Sasa Sobrie, 8.
Mayat Sasa ditemui pada 7 petang kelmarin oleh penduduk kampung yang memaklumkan kepada petugas keselamatan.
Sumber






Friday, 2 October 2015

DUA ANGGOTA POLIS PARAH DITEMBAK KETIKA SERBU 'PORT' DADAH

DUA ANGGOTA POLIS PARAH DITEMBAK KETIKA SERBU 'PORT' DADAH

Dua anggota polis yang sedang membuat operasi menyerbu lokasi aktiviti berkaitan dadah ditembak dengan senjata buatan sendiri oleh penjenayah narkotik di Jalan Sepanggar di Sabah.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato' Jalaluddin Abdul Rahman berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 2 petang itu telah mengakibatkan Sarjan Mejar Sabturani Maul cedera di kepala manakala Konst. Tong Wilson pula telah cedera di belakang kepala, badan serta hidung.
Kedua-dua anggota polis itu kemudiannya telah dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth 2 (QEH2) untuk mendapatkan rawatan.
Pihak polis kini sedang menjalankan operasi khas bagi memburu suspek yang melepaskan tembakan terhadap anggota polis berkenaan.
Sumber: Berita Harian /RMP

MOHD ZANI DILANTIK KETUA POLIS DAERAH PJ

Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Petaling Jaya berkuat kuasa semalam, menggantikan Senior Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim.

Mohd Zani. 46, berpengalaman 24 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggantikan Azmi yang memegang jawatan Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (TPK) Kuala Lumpur.
Sumber: Metro/ Rmp